Friday 27 July 2012

mudahkan bukan susahkan

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pencipta Sekalian Alam..

(Sekadar Acuan Minda)
1- KEHIDUPAN & UJIAN

Kehidupan itu adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada makhluk-Nya khasnya buat manusia. Apabila dinamakan kehidupan pasti di situ adanya penghidup(manusia). Seringkali kita tahu yang kehidupan itu adalah tempat di mana semua makhluk akan di uji oleh pencipta-Nya,, tidak ada yang terkecuali pun. Acap kali makhluk itu akan diuji dengan pelbagai dugaan atau cabaran. dari ujian yang kecil sampailah ujian yang besar. Tidak ada makhluk yang tak dan tak akan diuji Allah s.w.t tanpa izin-Nya. Ujian Allah s.w.t itu datang dalam pelbagai bentuk. Kesusahan, keresahan, harta, manusia dan segala macam urusan yang banyak. Sebenarnya banyak lagi bentuk2 ujian Allah s.w.t itu. Nak tak nak setiap makhluk wajib menerima segala bentuk ujian tersebut. Bukankah makhluk itu dicipta untuk diuji khususnya manusia seperti kita??? Tapi,, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. betul tak?? fikir2 kan ia..

2- AL-KISAH

Suatu petang di kelas lepas tamat sesi persekolahan. Ada 3 sahabat A,B dan C. Mereka ini bekerja dalam satu organisasi yang sama. Dalam mesyuarat yang lepas, mereka dan ahli-ahli yang lain sebulat suara ingin mengedar risalah kepada setiap kelas. Diringkaskan,, Si B datang ke kelas membawa sekotak risalah yang telah difotokopi. Ketika itu Si A juga berada dalam kelas maka berlakulah dialog begini :

DIALOG 1
Si A : oh, da siap fotokopi ye.. baguslah camtu.. sapa yg sambung keje seterusnya lepas difotokopi ni?
Si B : C dgn kwnnya la yang sambung.
Si A : oke2.. kita bahagi dua risalah ni utk dowang.. mudah skit keje nnti.. gi panggil C,, kita bagi risalah ni kt    
          dia hari ni,, esok nk edar da kt kelas2..

Si C pun datang ke kelas..

DIALOG 2
Si A : C,, ni risalah da fotokopi pagi tadi kt pejabat. nk mnx tlg stapler kn risalah ni bleh?
Si C : oke boleh jee..
Si A : nk bg  dia bwk cmne risalah ni B?
Si B : alah,,bg je cmtu kt dia.. pndai2 la dia nk bwk nnti.. tu kn keje dia..
Si A : eh,, xleh ar cmtu.. jp2 fkir luu nk wt cmne..

(Si A gi blakang dn ambil kotak kosong dlm loker)


Si A : haaa!! ada pun kotk ni..kn senang nk bwk nnti.. MUDAHKAN URUSAN BUKAN SUSAHKAN
Tamat~


IBRAH : ~


Walaupun tugasan seseorang itu terletak di atas bahunya,, kita sebagai rakan sekerjanya takkan sanggup nk lihat keadaan dia begitu sahaja walau perkara itu nampak remeh-temeh?? ini bukan ciri2 seorang mukmin.. seorang mukmin itu akan sentiasa berada di belakang seorang mukmin yang lain untuk mengulurkan bantuan sama ada perkara kecil atau besar.. Bertepatan dengan apa yang Rasulullah sabda : " Permudahkan , jangan susahkan".. Wallahualam..