Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa
susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba
dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri
itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar
kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh
mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi
dengan jayanya
Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah
sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh
buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain
buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha
dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk
melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan
sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri
seseorang.
07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik
pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata
orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan
untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan
tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas
tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan
berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu
emas! Setiap waktu berharga.