Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya
lain.Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.Ada
juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar
biasaDidikan terus daripada tuhan.Mutakhir ini, ramai orang yang sudah
kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.Bukan setakat tiada
keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup
bermasyarakat.
[B]Semasa Kecil[/B]
Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu
bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak.Contohnya memberi peluang
untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak
bernas.Itu hanya pandangan dan idea.Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang
akan sesuatu perkara.Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di
barat.Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba.Suatu ketika di
taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan
gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya.Tindakan itu bagi anak yang
berumur tiga tahun adalah bahaya.Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak
tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali kali melarang.Budak itu
terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas.Sikap melatih anak berani
mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari
barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.
[B]Malu atau Takut? Kedua-duanya
berkaitan keyakinan diri.[/B]
Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar
takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah
dalam kuliah, semua nya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana
tiada keyakinan diri.Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT
malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.Terlalu
merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri.Contohnya
anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan
ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...
[B]Kelebihan Manusia[/B]
Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui
imaginasi sebelum berlaku perbuatan.Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis
yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih
dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap
suasana di dewan itu nanti.Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan
keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan
'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga.Demikian juga sebaliknya.Lihat
sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang
menawan Constantinople (Istanbul).Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi
untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau
menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal
berlaku.Ini yang menjadikan beliau hebat.Begitu juga beberapa pemimpin yang
lain.
[B]Cuba Latih Minda Setiap Hari[/B]
Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia
positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata.Minda manusia sangat
hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak.Kepantasannya juga
mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan
tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.Kepada anda
juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina
keyakinan diri.Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia
panjang.Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai
kesilapan.Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya
itu.Sentiasalah berlapang dada!Terus menerus melatih, cuba mencari peluang
dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa
mencuba.Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah
untuk berjaya.Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.
for me,cara didikan at first mg membentuk kite . but at the end , kita dah besar and ade akal dan fikiran utk bfikir mne yg betul and mne yg salah kan , so gunakan laah akal fikiran yg dah dikurniakan oleh allah :)
ReplyDelete